Powered by Blogger.

Keselesaan Tetamu, Keutamaan Kami

Bulan Oktober ni Kak Jannah busy sikit mencantikkan homestay. Semuanya untuk keselesaan bakal tetamu kami. Yang mana tak pernah menginap lagi di Homestay Al-Jannah, boleh jamu mata tengok2 ruang dalam homestay kami ni.


Keselesaan tetamu, keutamaan kami! Kalau ada sebarang pertanyaan/komen/nak booking homestay boleh call/whatsapp Kak Jannah ye di 013-7301662

Dulu lain, sekarang dah lain!

Ruang tamu SEBELUM dan SELEPAS


Ruang makan SEBELUM dan SELEPAS


Ruang dapur SEBELUM dan SELEPAS







  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

We are Fully Booked in October!

SORRY, due to popular demand, we're FULLY BOOKED in October!


However, we're STILL AVAILABLE for November! So hurry up, book now by calling Kak Jannah at 013-7301662


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Santai-santai di Homestay

Petang2 yang redup memang seronok kalau dapat minum teh o & pisang goreng sambal kicap yang popular di Johor sambil santai2 di luar rumah kan?


Sekarang, tetamu yang datang boleh rileks2 sambil hirup udara segar di luar homestay. Kami dah sediakan meja batu bulat dengan 4 bangku. So enjoyyyy!


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

HOMESTAY UPGRADE LAGI!

Assalamualaikum semua,


Maaf semua sebab dah lama tak update blog ni.
Kak Jannah sangat busy upgrade homestay bulan lepas.
Macam biasa bulan 8 yang lepas homestay dah FULLY BOOKED setiap hujung minggu. 
Jadi, Homestay Al-Jannah sentiasa nak beri yang terbaik untuk semua tetamu kami :)
Jom layan gambar homestay kami yang dah makin cantik & bertambah-tambah selesa la lepas ni. 


Selamat datang ke Homestay Al-Jannah!
Cari je homestay warna kuning di Lorong Yunos mesti jumpa :)

Pintu utama diserikan dengan mini landskap taman bunga

Bilik air semakin berseri selepas renovation.
Water heater pun ada disediakan untuk kegunaan ketika cuaca sejuk.
Syampu & sabun juga ada disediakan untuk tetamu.

Tandas yang bersih & selesa untuk digunakan terutama untuk warga emas yang uzur.

Kebersihan homestay & tandas yang cantik ni sama2 kita jaga okay?
Untuk keselesaan bersama.

Ada 3 bilik tidur, 1 bilik air & 1 tandas.
Bilik tidur ada air-cond :)
Toto pun semua disediakan untuk tetamu yang datang dlm bilangan yg ramai.

Nak datang ke bandar Pontian, tak perlu susah2 cari homestay lain, call je atau whatsapp Kak Jannah di 013-7301662. Cepat2 buat tempahan sekarang untuk bulan Okt & ke atas sebab bulan Sept dah FULLY BOOKED!


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

HOMESTAY MERIAH DI HARI RAYA

Salam Lebaran semua :)

Minggu pertama Raya di Homestay ni FULLY BOOKED ya.

Homestay Al-Jannah FULL HOUSE hujung minggu ni :) Terima kasih En. Ali sekeluarga!

Non-stop orang call bertanyakan tentang homestay availability sampai ke petang Raya pertama. Jadi dinasihatkan kalau nak tempah, boleh booking awal2, seawal 1 bulan atau selewat-lewatnya 3 hari. Cuti sekolah, musim perkahwinan & musim perayaan memang antara waktu yang homestay FULL. So waktu2 macam ni boleh book dgn Kak Jannah 1 bulan awal. Call je 013-7301662

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

HOMESTAY SAMBUT RAYA

Salam aidilfitri kepada semua tetamu dan bakal tetamu Homestay Al-Jannah!


Hari ni (1 Syawal) sehingga 19hb homestay dah dibooking oleh satu family yang datang beraya di Pontian.

Khas untuk bulan Raya, kami ada menghidangkan sedikit kuih-muih untuk tetamu yang datang ke homestay. Selain itu, ada juga minuman PERCUMA yang disediakan di dalam peti sejuk.

Hidangan kuih-muih special untuk dirasa :)

Ruang santai sekeluarga

Pada yang nak booking untuk bulan Raya ni, cepat2 hubungi Kak Jannah atau whatsapp di 013-7301662 ye?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

TEMPAHAN HOMESTAY UNTUK HARI RAYA

Salam Ramadhan semua!

Agak lama tak update di blog ni kan. Ada hari-hari pada bulan Jun yang dah dibooking tapi tak sempat update di sini.

Tarikh Hari Raya Puasa pertama sehingga ke-3 dah FULLY BOOKED ya :) Ramai yang berebutkan tarikh ni, tapi kita terima tempahan yang book paling awal dengan deposit. Tarikh lain pada bulan Julai masih kosong lagi. Boleh call Kak Jannah (013-7301662) segera jika anda memerlukan tempat tinggal untuk masa yang singkat di Pontian, Johor!

Cara mudah untuk check availability homestay kami, boleh klik saja di tab Calendar ataupun klik saja link INI

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

BULAN JUN: BOOKING SEGERA!

Hujung minggu bulan Mei yang terakhir dah FULLY BOOKED ya. Ada yang dah bertanya nak book untuk bulan Jun tapi tak confirm lagi. Cepat cepat call Kak Jannah sekarang: 013-7301662






  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

KENDURI DOA SELAMAT HOMESTAY

Assalamualaikum semua,


Beberapa minggu lepas (24 April), kami sekeluarga telah mengadakan kenduri doa selamat untuk keluarga kami dan juga homestay keluarga kami. Alhamdulillah, ramai yang datang bersama-sama membaca Yasin memohon dan mendoakan keberkatan perjalanan homestay kami ini. 


Selepas bacaan Yasin dan berselawat, kami buat sedikit makan2, ada macam2 menu seperti laksa, bihun goreng, dadih, red velvet cake dan macam2 lagi. Terima kasih semua yang datang mendoakan!

Homestay Al-Jannah ni ada 3 bilik tidur dan 2 penghawa dingin untuk keselesaan tetamu. Terletak di kejiranan yang selamat, bersih dan ramah-tamah orangnya. 

Jangan malu-malu atau segan-segan untuk bertanya tentang Homestay Al-Jannah pada Kak Jannah ye. Call/ whatsapp saja 013-7301662

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

HOMESTAY DAH UPGRADE!

Sekarang Homestay Al-Jannah dah tambah pokok bunga di bahagian luar & dalam rumah untuk supaya lebih ceria & segar!
Frame gambar dah banyak digantung supaya lebih perasaan seperti di rumah sendiri.

Di luar kawasan homestay yang boleh memuatkan 2 buah kereta

Ada disediakan board game & congkak juga di ruang tamu

Minuman instant & biskut sebagai snack minum petang disediakan secara PERCUMA di ruang makan

Bilik tidur

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

GALERI HOMESTAY

Selamat Datang ke Homestay Al-Jannah


PEKARANGAN RUMAH


Bahagian hadapan rumah & garaj kereta


RUANG TAMU

Ruang tamu dilengkap sofa, TV, kipas siling & stand fan

Kemudahan TV dengan Astro NJOI


BILIK TIDUR UTAMA

Bilik tidur utama dilengkapi katil, penghawa dingin & kipas siling

Bilik tidur utama dilengkapi kelengkapan solat (sejadah, telekung & Al-Quran)

Bilik tidur utama dilengkapi almari pakaian, meja solek & lampu tidur


BILIK TIDUR KEDUA

Bilik tidur kedua dilengkapi katil, penghawa dingin, kipas siling, alamari pakaian, meja solek & lampu tidur


BILIK TIDUR KETIGA

Bilik tidur ketiga dilengkapi katil bertingkat boleh tarik yang boleh memuatkan 2 tetamu

Bilik tidur ketiga dilengkapi kelengkapan bayi seperti stroller & buaian bayi

Bilik tidur ketiga dilengkapi alamari pakaian, seterika & kipas siling


RUANG MAKAN

Ruang makan dilengkapi meja makan dengan 5 kerusi, sinki, peti ais & kipas dinding


DAPUR

Dapur dilengkapi peralatan memasak seperti dapur elektrik, pinggan mangkuk & sinki

Dapur dilengkapi peralatan minuman, cerek air & pembakar roti


BILIK AIR

Bilik air dilengkapi pancuran air

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

KALENDAR AL-JANNAH

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

BORANG TEMPAHAN

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

TENTANG KAMI

Kepakaran kami adalah menyediakan homestay yang lengkap dengan segala kemudahan asas, persekitaran yang selamat dan selesa tanpa perlu mengeluarkan bayaran lebih untuk mereka yang datang secara berkeluarga, dengan kawan-kawan atau perseorangan!

Mari singgah ke Homestay Al-Jannah! Lengkap dengan segala akses dan rasa seperti rumah sendiri :)


ALAMAT HOMESTAY:


Homestay Al-Jannah
Lorong Yunos, Parit Masjid,
82000 Pontian, Johor.

Masa check-in: 2:00 petang
Masa check-out: 12:00 tengahari

*Dibuka untuk MUSLIM SAHAJA


CARA-CARA NAK BOOKING HOMESTAY:
  • Hubungi Kak Jannah untuk check tarikh penginapan yang masih available: 013-7301662 (Hp) / 07-6872005 (rumah)
  • Isi Borang Tempahan di sini. Klik SINI

CIRI-CIRI HOMESTAY:
  • Rumah teres 1 tingkat dengan 3 bilik tidur & 1 bilik air.
  • Berhampiran pusat bandar.
  • Berhampiran surau/masjid, bank, tepi laut, padang rekreasi, kedai makan, klinik & pasaraya (walking distance).
  • Kediaman berpagar.
  • Kejiranan berkeluarga.
  • Tempat letak kereta tambahan yang luas di bahagian hadapan rumah.

FASILITI HOMESTAY:
  • Kelengkapan bilik (almari, meja solek & katil).
  • Garaj letak kereta (muat untuk 2 buah).
  • Kemudahan TV & dilengkapi dengan Astro NJOI.
  • Air-cond di 2 buah bilik tidur utama.
  • Shower di bilik air.
  • Kemudahan memasak di dapur (dapur elektrik, pinggan mangkuk, cerek, pembakar roti, dll.)
  • Stroller & buaian bayi.
  • Seterika.
  • Peti ais
  • Bahan bacaan.
  • Kelengkapan solat (Al-Quran, telekung & sejadah).
  • Kelengkapan tambahan: toto, bantal & tuala mandi.
  • Ampaian baju di bahagian belakang rumah.

AKSES KE LOKASI UTAMA:

  • 3 minit ke pusat bandar
  • 3 minit ke SMK Dato Penggawa Barat & Maahad Pontian
  • 5 minit ke pusat perdagangan
  • 30 minit ke Kukup
  • 40 minit ke Tanjung Piai
  • 10 minit ke Matrikulasi Pontian
  • 16 minit ke MRSM Pontian
  • 40 minit ke tol Simpang Renggam
  • 30 minit ke Legoland
  • 45 minit ke JPO
  • 45 minit ke Senai Airport
  • 40 minit ke pusat bandar JB

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

AKAN DIBUKA: HOMESTAY AL-JANNAH, PONTIAN, JOHOR

Akan dibuka pada 1 MAC 2015!
Dengan HARGA PROMOSI 

Masa terhad: dari 1 MAC HINGGA 1 JUN 2015 (3 bulan saja!)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS